Thursday, 25 August 2011

Serahkan cintamu hanya pada yg layak..

Alhamdulillah..syukur kehadrat Ilahi kerana mengizinkanku menikmati 25 ramadhan tahun ini..terlalu cepat masa berlalu sehingga sedikit pun tidak sedar ramadhan semakin meniti detik-detik terakhir..ramadhan kali ini penuh dengan kisah duka dalam hidupku..tidak pernah ku merasa kecewa sebigini rupa..huhuhu..sangat sakit tak terkata sehingga payah untuk digambarkan dengan kata-kata..9 ramadhan merupakan hari yg tidak pernah ku rasakan akan terjadi dalam hidupku.."si dia" telah meluahkan sesuatu pada diriku dan sukar untuk ku terima pada mulanya.."si dia" menyatakan bahawa hatinya tidak lagi padaku dan dia keliru dengan perasaannya terhadapku..dia telah menemui bekas kekasnya di facebook..huhuh..terlalu mudah hatinya berubah..dia meminta izin dariku untuk single dan menyerahkan semuanya kepada takdir tuhan..ya! memang benar jodoh pertemuan adalah ketentuan tuhan..

Hermmmm luluh hatiku pada mulanya..air mata jernih mengalir tanpa henti dipipiku..huh 1st time aku menangis kerana lelaki yg belum halal bagiku..aku tau ini adalah perkara yang sia-sia tetapi sukar untukku menahan sebak didada..Aku terlalu menyayangi dia kerana bagiku dia adalah lelaki pertama dan terbaik dalam hidupku..setelah kejujuran dan keikhlasan yg kuberikan akhirnya dia membalasku dengan kesakitan..tapi xpe ak redha..mungkin ni petunjuk yg Allah nak bagi..da terlalu lama ak terleka dengan mainan nafsu ku sendiri..akan ku jadikan ini titik hidayah yang Allah berikan padaku..

Ingatlah wahai wanita...
Ketika cinta kamu berputik pada si dia dan kamu sendiri mengakui di dalam hati kamu bahawa kamu ada rasa sayang pada dia...dan hati kamu punya rasa cinta padanya, renung seketika di mana kamu ingin meletakkan cinta Allah yang jauh lebih hebat dari dia...ika cinta Allah lebih kamu sayang, letaklah cinta Allah sebagai batasan pergaulan kamu...Cinta sesama manusia tentu tidak setanding dengan cinta dari Allah S.W.T,

Aku mencintaimu dengan cinta yang terus bertambah dari waktu ke waktu
Hari ini aku mencintaimu lebih dari hari kelmarin...
Dan kurang dari esok...

Aku mencintaimu untuk mewujudkan kebahagiaan dalam hatimu
Namun, jika ada seseorang yang sanggup mencintaimu lebih dari cintaku padamu, akan kurelakan kau untuknya

Cinta tidak semestinya akan berakhir dengan perkahwinan dan perkahwinan juga tidak semestinya akan menoktahkan titik akhir kepada percintaan.

Kesetiaan akan mengikat cinta, kecurangan akan meranapkan segala kemanisancinta. Sesebuah perkahwinan akan menjadi indah jika cinta terus bersama.

JIKA MENGHARAP PADA MANUSIA PASTI AKAN KECEWA
JIKA MENGHARAP PADA ALLAH PASTI KECEWA TIDAK AKAN SINGGAH DIHATI..